Seorang saintis bernama Mohamed Babu mendapatkan idea bereksperimen dengan semut setelah mendapat cerita dari isterinya, Shameem. Isteri saintis tersebut mendapati seekor semut berwarna putih, diduga semut tersebut meminum susu yang tumpah milik Shameem.
Tanpa menunggu banyak masa, Dr Baby akan bereksperimen dengan memberikan makanan kepada semut-semut di laman rumahnya. Makanan ini berupa gula yang bermacam-macam warnanya. Dan hasilnya sungguh di luar biasa. Perut semut-semut yang sudah memakan gula berubah menjadi berwarna-warni.
Kelihatan beberapa semut dengan warna yang berbeza-beza dalam perut mereka, ini kerana mereka memakan gula lebih dari satu dan warnanya berbeza-beza. Hasilnya perut semut menjadi kombinasi menarik layaknya warna pelangi.
Untuk mempertahankan warna, gula perlu dititiskan di permukaan alas paraffin sehingga warnanya tidak mudah pudar. Awalnya saintis berasal dari India Selatan ini mengalami kekangan dalam mengambil gambar gambar-gambar dari semut-semut yang memakan gula bewarna.
Dr Babu mendedahkan pengalamannya mengambil gambar semut-semut ini kepada para wartawan. Ungkapnya kesulitan yang dihadapi adalah ketika memegang kamera sekaligus menyingkirkan semut-semut yang lain, guna memisahkan antara semut yang bewarna dan tidak.
Tetapi dengan kerja kerasnya, Dr Babu mampu menangkap sejumlah gambar yang menakjubkan. Ternyata para semut lebih cenderung untuk memakan gula dengan warna yang terang, seperti kuning dan hijau.
0 Komentar untuk "Pelik! Perut Semut Aneh Ini Berwarna Warni."