Perkembangan teknologi nampaknya bukan hanya sekadar memanjakan manusia . Pasukan saintis di Sweden mendapati alat dengar yang boleh menterjemahkan suara dan fikiran anjing anda menjadi bahasa yang mudah difahami manusia .
Seperti yang dilaporkan oleh dari laman Daily Mail , sebuah makmal di Nordic Society for Invention and Discovery ( NCID ) Scandinavia , mencipta alat dengar yang berfungsi sebagai translator bahasa anjing menjadi bahasa manusia . Diberi nama No More Woof , sebuah alat dengar canggih tersebut dapat menterjemahkan apa yang ada di fikiran menjadi bahasa yang difahami manusia lengkap dengan suaranya .
No More Woof menggunakan sensor EEG untuk memantau gelombang otak anjing . Selepas dipasangkan , alat dengar ini akan membaca isyarat yang merupakan perwakilan dari keadaan mental , seperti rasa sakit , keletihan , lapar , dan tak bersemangat . Maklumat ini kemudian dihantar ke microcomputer yang akan memproses dan mengertikannya ke dalam bahasa Inggeris melalui speaker .
Alat ini bekerja dengan sistem mengubah gelombang otak anjing menjadi bahasa Inggeris . Meskipun demikian , untuk saat ini gelombang suara yang sudah ditransformasikan dan dapat difahami manusia adalah ketika anjing lapar dan alat dengar akan mengeluarkan suara ' I am hungry ' , ' Leave me alone ' , ' I am so very weary ' , ' Who are you ? ' dan ' Erm , why are you guys leaving ? '
Untuk saat ini , alat dengar No More Woof masih dalam tahap pembangunan dan tinggal menunggu dana pelabur untuk mula dihasilkan secara besar-besaran .
0 Komentar untuk "OMG- Saintis Cipta Alat Bantu Anjing Bercakap Seperti Manusia. Video"