OMG- Motorsikal Terbang Yang Pertama di Dunia

 



Syarikat teknologi berasal dari Belanda mewujudkan sebuah kenderaan darat yang boleh terbang . Meskipun berbentuk tidak seperti kenderaan pada umumnya , sekurang-kurangnya kenderaan bernama Pal - V One ini adalah motosikal pertama yang boleh terbang .

Secara teknikal Pal - V One bukanlah sebuah motosikal , melainkan kenderaan beroda tiga yang memuatkan dua penumpang . Bentuknya lebih mirip helikopter dengan kipas dan ekor yang boleh dilipat jika dalam mode kenderaan darat . Untuk bertukar dari motosikal ke helikopter atau sebaliknya , Pal - V One memerlukan masa sepuluh minit .

Kenderaan  Pal - V ini boleh dipandu pada kelajuan 112 batu per jam dan hanya memerlukan masa lapan saat untuk mencapai kelajuan 60 batu per jam . Sedangkan untuk boleh terbang Pal - V One ini memerlukan jalan sepanjang 164 meter untuk berlepas .




Jom layan video menarik ini:






Ya , walaupun mempunyai kipas seperti helikopter , motosikal yang disebut gyrocopter ini tak boleh terbang tanpa landasan seperti helikopter . Namun untuk mendarat Pal - V One hanya memerlukan landasan tanpa halangan sepanjang 30 meter . Kenderaan darat dan udara ini juga memerlukan sekira 102 liter bahan bakar (gas) untuk boleh terbang sejauh 220 batu , atau menjelajah hingga 750 batu jika digunakan untuk memandu di darat .

Pal - V direka hanya untuk penerbangan rendah , yakni di bawah 4,000 kaki dari permukaan laut . Tujuan utama dibuatnya kenderaan darat yang boleh terbang ini memang untuk mengelakkan kesesakan di tengah bandar . Kenderaan ini sesuai untuk digunakan di jalan raya , asalkan si pemandu mempunyai lesen memandu kereta dan sijil juruterbang helikopter .


' Motorsikal ' yang boleh terbang ini sudah dipasarkan di  Hammacher Schemmler sejak 2013 dengan harga USD295 ribu  . Berminat ?







0 Komentar untuk "OMG- Motorsikal Terbang Yang Pertama di Dunia"

 
Copyright © 2014 mudah ingat.com - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info