Kasut tumit tinggi atau yang sering disebut dengan high heels, adalah salah satu penyokong bagi wanita agar dapat tampil cantik. High heels yang satu ini, selain unik juga kelihatan sedikit menakutkan. Sebabnya, kasut ini berhiaskan dari burung-burung mati yang telah dipelihara.
Divya Anantharaman, seorang wanita berasal dari Miami, Amerika, yang berjaya membuat sepasang kasut dengan setinggi 15 cm yang berlapiskan kulit silver, dilengkapi dengan hiasan batu kristal serta burung gereja yang telah dipelihara. Wanita berusia 29 tahun berkelulusan Pratt Institute, New York, jurusan Fesyen itu cuba menggabungkan dua hal yang berlawanan, iaitu fesyen dengan taksidermi.
Kasut dengan burung gereja ini adalah salah satu dari beberapa koleksi "fesyen-taksidermi" Divya. Selain kasut, Divya juga membuat hiasan rumah yang diperbuat daripada pelbagai jenis binatang yang telah dipelihara, seperti rusa, itik, dan kerbau.
Untuk mendapatkan sepasang kasut ini anda perlu membayar wang 2500-3000 dollar .
0 Komentar untuk "Pelik, Kasut Tumit Tinggi Ini Dihasilkan Dari Burung Yang Sudah Mati."