Pelik, Jalan Sambil Tidur Wanita Tersedar Dari Tidur Sudah Berada Di Laut.


 Marie Lord mengalami gangguan tidur kronik yang cukup membahayakan. Dia boleh tidur sambil jalan, dan apabila tersedar sudah berada jauh dari rumahnya. Paling teruk, Marie pernah saat bangun tiba-tiba sudah berada di laut. Wanita 39 tahun ini berterima kasih pada pegawai hotel yang menyelamatkannya.

Kala itu dia tidur sambil jalan dari hotel ke laut yang berjarak setengah batu. Pada pukul 1.30 pagi, Marie tanpa sedar terus berjalan menyelusuri jalanan berpasir. Dia baru bangun ketika lidahnya merasakan masin. Kerana tidak tahu berada di mana, Marie menangis minta pertolongan.




Beruntung, tangisannya terdengar oleh Lee Searle, seorang pegawai hotel Somerset yang berada dekat dengan pantai itu. "Saya tidak boleh membayangkan apa yang akan berlaku jika dia tidak ada. Yang saya ingat hanya pancaran sinar di kepala saya kala itu, mirip sebuah mimpi dan saya masih hidup," kata Lord, seperti dikutip dari Telegraph.

Dia berkata, perjalanan ke laut itu memerlukan masa tujuh minit. Jalan menuju laut juga cukup berbahaya, namun Marie justru selamat menuruni tangga batuan meskipun dalam keadaan tanpa sedar. "Kaki saya pendek, kerana badan saya tidak terlalu tinggi. 


Jadi, biasanya saya tidak pernah lihat batu-batu pantai tanpa bantuan orang lain. Kala itu yang saya ingat, tiba-tiba saya sudah boleh melihat bintang di langit dan sudah berada di air," jelasnya . Saat ini Marie menjalani terapi untuk mengatasi gangguan tidurnya itu.
0 Komentar untuk "Pelik, Jalan Sambil Tidur Wanita Tersedar Dari Tidur Sudah Berada Di Laut."

 
Copyright © 2014 mudah ingat.com - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info