Keluarga Ini Tinggalkan Negara Maju Untuk Tinggal di Pulau Terpencil.


Sebuah keluarga dari New Zealand sanggup meninggalkan kemajuan di negara itu untuk meneruskan kehidupan mereka di sebuah pulau terpencil di Tonga.

Pasangan suami isteri, Boris dan Karyn von Engelbrechten yang masing-masing merupakan bekas pengurus sebuah hotel dan pengurus teknologi maklumat telah menetap di pulau kecil itu di Fofoa, Neiafu sejak lapan tahun lalu.

Mereka turut membawa tiga anak lelaki, Jack, Luca dan Felix.

Pasangan itu membina sebuah rumah tepi dengan menggunakan bahan-bahan terbuang yang ditemui di pesisir pantai termasuk kayu hanyut dan menjadikan terumbu karang sebagai perhiasan rumah.



Rumah mereka yang memiliki dua bilik tidur, dua bilik mandi, ruang tamu dan ruang makan dibina dengan kos £70,000 (RM408,000).

"Kami berpindah ke Tonga kerana mahu memulakan satu pengembaraan baharu bersama-sama.

"Pulau ini sangat hebat. Kami berasa lebih tenang berbanding tinggal di sebuah negara yang sibuk. Kami mahu anak-anak berasa bebas dan menikmati keindahan semula jadi," kata Boris.



 Di kepulauan itu, pasangan itu menjadikan rumah mereka sebagai rumah tamu bagi membolehkan pelancong menyewa kediaman bagi menyara kehidupan.

Kisah keluarga berkenaan kini disiarkan dalam rancangan Escape To The Wild yang ke udara pada setiap hari Isnin. –kosmo.com.




0 Komentar untuk "Keluarga Ini Tinggalkan Negara Maju Untuk Tinggal di Pulau Terpencil."

 
Copyright © 2014 mudah ingat.com - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info