Siapa yang tidak kenal power rangers? Dulu power rangers sangat popular sekali tampil di layar televisyen setiap minggu. Ini merupakan tontonan wajib yang harus diikuti. 5 orang sekawan yang mempunyai kekuatan super power membantu dunia melawan kekuatan jahat. Tetapi semua itu hanya terjadi dalam sebuah acara tv kanak-kanak. Tapi apa jadinya kalau power rangers benar-benar hadir di dunia nyata?
Seperti yang baru saja terjadi di Malaysia. Dalam sebuah perkahwinan, hadir power rangers yang menjaga perkahwinan tersebut. Bagaimana boleh berlaku? Dari mana mereka berasal? Kehadiran lapan Power Rangers itu pun mengundang perhatian dan kemeriahan di majlis perkahwinan Ameerul dan Nawwal.
Ternyata, pelbagai Power Rangers itu merupakan sebahagian daripada kumpulan cosplay Tokosatsu Malaysia. Maksud kedatangan mereka adalah membantu memeriahkan majlis perkahwinan pengantin lelaki yang juga merupakan ahli cosplay Tokosatsu Malaysia. Selama perkahwinan itu, Power Rangers dengan serius mendampingi pasangan pengantin dalam setiap proses perkahwinan. Mereka berdiri dan tampak siap sedia menjaga mempelai dari serangan penjahat.
Menurut Fazuanizam Ahmad Fauzi, pemilik The Garden of Love, yang digunakan sebagai tempat resepsi, konsep perkahwinan dengan penjagaan power rangers ini menjadi yang pertama ada. Hal ini sesuai dengan cadangan dari Ahmad Fauzi yang selalu menganjurkan setiap pasangan pengantin cuba sesuatu yang berbeza. Dan pasangan pengantin tersebut benar-benar melakukannya.
0 Komentar untuk "Aneh,Ade Power Rangers Menjadi Jaga di Majlis Perkahwinan."