2 Manfaat Makan Tembikai Untuk Kaum Lelaki.



Ada banyak buah yang mengandungi vitamin dan mineral yang baik untuk badan, namun hanya beberapa buah yang spesifik sangat baik untuk kesihatan para lelaki, salah satunya adalah buah tembikai.

Buah berwarna merah kaya air dan serat ini bukan hanya segar dimakan semasa cuaca panas tetapi juga boleh menghilangkan dahaga dan boleh menurunkan tekanan darah tinggi. Bukan hanya itu, seperti dikutip dari livestrong.com, ada sekian manfaat yang boleh diperoleh para lelaki jika makan tembikai, seperti berikut ini.

Kesihatan prostat

Tembikai mengandungi banyak lycopene, dan lycopene berperanan sebagai antioksidan yang menjaga kesihatan kulit, jantung dan kantung prostat. Sebuah ujian dilakukan oleh doktor di The University of Illinois di Chicago yang cuba memberikan pengambilan lycopene dalam masa tiga minggu secara berkala pada pesakit prostatektomi.

Hasil ujian menunjukkan bahawa ada pembaikan kerosakan pada tisu prostat. Pengambilan tembikai untuk lelaki normal berfungsi mencegah kanser prostat dan gangguan di bahagian tersebut.


Disfungsi erektil

Kulit tembikai mengandungi phyto-nutrien yang sangat tinggi bernama citrulline. Citrulline boleh membantu mengendurkan saluran darah di bahagian organ pembiakan sehingga aliran darah lancar. Citrulline dapat meningkatkan kadar oksida nitrik sehingga aliran darah lancar ke seluruh tubuh, termasuk pada bahagian Mr P.

Jadi jangan hanya makan buahnya saja, kulit tembikai juga mempunyai manfaat. Anda boleh mengambil bahagian yang putih dan jadikan jus untuk dimakan .
0 Komentar untuk "2 Manfaat Makan Tembikai Untuk Kaum Lelaki."

 
Copyright © 2014 mudah ingat.com - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info