Seperti yang dilaporkan oleh dailymail , Kazakhstan bersama Russia , dan Belarus tergabung dalam kesatuan kastam , dan menetapkan sebuah peraturan untuk kaum wanita berupa larangan menggunakan seluar dalam berenda . Mereka mengatakan bahawa seluar dalam berenda tidak boleh menjaga kelembapan daerah kewanitaan sehingga itu tidak baik untuk kesihatan organ intim wanita tersebut .
Peraturan itu tentu saja ditentang oleh kaum wanita , kerana menurut mereka urusan menggunakan seluar dalam adalah urusan peribadi , jadi kerajaan tidak boleh mencampuri atau bahkan ambil alih mengenai urusan peribadi seseorang .
Para wanita juga mengatakan bahawa memakai seluar dalam itu merupakan kemahuan diri sendiri , jadi kerajaan tidak berhak untuk menetapkan kemahuan orang lain .
Pada akhirnya , para wanita cuba melakukan demo terhadap peraturan tersebut . Sejumlah wanita cuba turun ke jalan di bandar terbesar Kazakhstan , Almaty . Mereka membawa pelbagai papan demo yang tertuliskan " Celana dalam untuk Presiden " .
Sejumlah wanita tersebut merasa sudah tidak sanggup untuk menahan amarah mereka dengan adanya peraturan tersebut . Mereka tidak mhau hanya gara - gara peraturan seperti itu mereka harus berada di penjara .
Para wanita juga merasa sangat kesal kerana kerajaan malah membuat larang untuk wanita memakai seluar dalam berenda , sedangkan orang - orang yang merokok dan minum alkohol tidak mereka larang .
0 Komentar untuk "Kazakhstan Larang Penduduk Wanita Memakai Seluar Dalam Berenda."