Dibuka pada hujung minggu yang indah yang membenarkan ratusan nudist atau orang tanpa pakaian dari pelbagai negara.
Berada di kawasan terpencil pantai Mpenjati di KwaZulu-Natal ini diberi izin oleh kerajaan tempatan untuk secara rasmi diiktiraf sebagai negara pertama dengan predikat pantai bogel. Sebelum ini telah dibuka pada bulan November tahun lalu namun sempat tertunda kerana adanya pro kontra.
Seperti dikutip Daily Mail banyak yang keberatan dengan dibuka pantai itu, termasuk penduduk setempat yang bimbang melihat perkara itu. Mereka juga takut dibukanya pantai itu akan mencemarkan nama baik daerah mereka.
Namun ada juga kumpulan masyarakat yang mendorong untuk itu. Mereka berharap adanya minat dari pelancong di seluruh dunia dan datang berkunjung ke pantai bogel.
Menteri Afrika Selatan naturists Association (Sanna), Serge Pavlovic, bercakap tentang kegembiraan beliau pada pembukaan pantai itu selepas berbulan-bulan bekerja keras.
"Secara undang-undang kami di sini, ada banyak emosi yang diluahkan dan orang tidak memahami bahawa naturists juga ingin menyatu dengan alam semulajadi. Meskipun banyak orang berbogel, tapi tidak ada seks di pantai ini," katanya kepada Times Live.
Pembukaan pantai telah dilakukan pada 5 April lalu . Namun perkara itu tidak berjalan terlalu lancar ketika Kumpulan Masyarakat Peduli menghubungi polis tempatan dan meminta pengunjung berbogel di pantai ditangkap.
Namun polis tidak boleh menangkap semudah itu dan akhirnya para pengunjung berjaya untuk menikmati waktu berjemur dan bermain ombak.
Sekarang dengan adanya pengakuan tersebut, Sanna berharap bahawa nudis akan dapat menikmati pantai tanpa adanya kerumitan.
"Ini merupakan perjalanan panjang menuju kebebasan, kami sangat senang dan bahagia. Kami adalah satu-satunya pantai naturist di dunia dengan mempunyai kod etika, jadi kami sangat bangga."
Ini adalah pantai yang hebat menurut Pavlovic dan ia berharap dapat mempromosikan dan membawa banyak orang dari seluruh dunia untuk menikmati keindahan pantai ini.
Meskipun dibenarkan berbogel, tapi ada banyak peraturan dan kod etika yang perlu dipatuhi semasa berada di pantai ini.
0 Komentar untuk "Di Pantai Ini Semua Pengunjungnya Bebas Tanpa Pakaian."