Unik! Kampung di India Budayakan Tanam 111 Pokok Tiap Kelahiran Bayi Perempuan.

  
Ketika sebahagian besar orang India lebih suka punya bayi lelakii, sebuah kampung di Rajasthan punya tradisi unik untuk meraikan kelahiran bayi perempuan mereka. Sejak 2006, Desa Piplantri telah menanam 111 pokok untuk merayakan setiap kelahiran anak perempuan.

Setiap tahun, rata-rata 60 anak perempuan lahir di kampung ini. Penduduk kampung telah berjaya menanam lebih dari 250 ribu pokok sejauh ini. Pokok-pokok yang ditanam berbeza dari pokok Neem, India Rosewood, hingga mangga. 8 ribu orang penduduk mengabdikan diri untuk menjaga agar tanaman itu bertahan dan terus berkembang.




Tradisi yang indah ini bermula mantan ketua kampung Shyam Sundar Paliwal yang ingin mengenang kematian anak perempuannya, Kiran. Selain menanam pokok, jawatankuasa khas juga mengenalpasti keluarga-keluarga yang enggan menerima anak-anak perempuan. Mereka kemudian mengumpulkan Rs 21 ribu dari penduduk kampung, dan Rs 10 ribu dari ayah gadis itu, untuk dilaburkan ke kerajaan demi memastikan keselamatan kewangan bagi si anak selama 20 tahun.

"Kami membuat orang tua ini menandatangani surat pernyataan yang isinya janji bahawa mereka tidak akan menikahkan anak perempuannya sebelum usia sah. Mereka harus menghantarnya ke sekolah secara teratur, dan mengurus pokok yang ditanam dengan namanya," kata Paliwal.

Untuk memastikan setiap pokok tetap bebas dari anai-anai, warga Piplantri juga menanam lebih dari 2.5 juta tanaman Aloe Vera di sekitar mereka. Pokok-pokok itu dan tanaman Aloe Vera, telah menjadi sumber mata pencarian utama bagi penduduk kampung.


0 Komentar untuk "Unik! Kampung di India Budayakan Tanam 111 Pokok Tiap Kelahiran Bayi Perempuan."

 
Copyright © 2014 mudah ingat.com - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info