Selonggok tulang bayi ditemui di dalam perut seorang wanita di Madya Pradesh, India. Tanpa disedarinya, tengkorak bayi itu sudah berada di dalam perut wanita itu selama 36 tahun.
Jyoti Kumar, nama wanita itu diyakini sebagai perempuan yang mengalami kehamilan ectopic paling lama di dunia. Kehamilan ectopic adalah kehamilan di mana janin tidak berkembang di dalam rahim. Kehamilan seperti itu membahayakan nyawa ibu dan janin yang dikandungnya.
Jyoti mengalami kehamilan pada tahun 1978 ketika masih berusia 24 tahun. Saat itu, Jyoti diberitahu bahawa kemungkinan janin bayinya selamat kecil. Namun, kerana takut dibedah, Jyoti lebih memilih hanya berubat di klinik kecil untuk menghilangkan rasa sakitnya.
Beberapa bulan kemudian, rasa sakitnya hilang dan Jyoti berfikir, masalahnya sudah selesai. Namun, 36 tahun kemudian, setelah usianya sudah mencapai 60 tahun, Jyoti kembali merasakan sakit di perut bahagian bawah.
Awalnya, doktor melihat adanya ketulan yang disangka kanser. Namun, setelah dilakukan CT scan, kelihatan gumpalan material yang sudah mereput di antara rahim, usus, dan pundi kencing.
Berdasarkan hasil pemeriksaan, terungkap ketulan itu adalah tulang bayi yang sudah berada di perut Jyoti selama 36 tahun. Tulang itu terbungkus rangkaian ikat yang berimpit dengan organ-organ tersebut. Maka tidak hairan Jyoti sering merasa sakit, sukar buang air kecil, dan demam.
0 Komentar untuk "Misteri Tengkorak Bayi "Tersembunyi" dalam Perut Wanita Selama 36 Tahun."