Wanita Ini Melahirkan Bayinya Sendiri Dalam Kereta Yang Sedang Bergerak.(VIDEO)



Detik-detik yang mendebarkan sekaligus mengagumkan DIrakam kamera amatur ketika seorang lelaki membawa isterinya menuju ke HOSPITAL dekat Houston untuk melahirkan bayi mereka. Video berdurasi 4 minit itu menampilkan detik-detik yang sangat menegangkan dimana  isteri akhirnya bersalin dalam kereta.

Hebatnya, wanita itu melahirkan bayinya sendiri tanpa bantuan orang lain kerana suaminya memandu. Isteri terus menjerit saat mengetahui bayinya keluar. Suaminya tetap memandu sambil merakam kejadian tersebut. Suami hanya membantu membuka tali pinggang keledar untuk meperlancar proses persalinan.


"Dia keluar dalam kereta!" Teriaknya setelah berjaya mengeluarkan  bayi lelaki. "Ya Tuhan. Kau indah sekali! Ya Tuhan, apa yang harus aku lakukan. "

Video itu dimuat naik pada Khamis (16/7/2015) dan telah ditonton lebih daripada 1.2 juta kali. Menurut Dailymail, bayi itu adalah anak ketiga daripada pasangan ini. Dua saudara perempuannya yang masing-masing berumur setahun dan dua tahun lahir di Bay Area Birth Center.Jom saksikan video berikut ini;




0 Komentar untuk "Wanita Ini Melahirkan Bayinya Sendiri Dalam Kereta Yang Sedang Bergerak.(VIDEO)"

 
Copyright © 2014 mudah ingat.com - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info