Ribuan Pelajar Beri Penghormatan untuk Jenazah Gurunya dengan Menari.



Penghormatan terakhir untuk orang yang sudah meninggal biasanya diselubungi dengan perasaan  kesedihan dan tangisan. Walau bagaimanapun, ia seolah-olah berbeza dengan ribuan pelajar  di sekolah ini. Sebabnya, mereka melakukan tarian untuk menghormati jenazah gurunya.

Ribuan murid di  Palmerston North Boy, New Zealand, melakukan tarian Haka saat menyambut kereta yang membawa jenazah gurunya. Rupanya tarian tersebut dilakukan sebagai bentuk ucapan terima kasih kepada seseorang yang sangat berjasa.

Penghormatan terakhir itu diberikan untuk gurunya yang bernama Dawson Tahana Tamatea yang meninggal pada 20 Julai lalu. Dalam video yang dimuat naik oleh pihak sekolah, para pelajar kelihatan bersemangat melakukan gerakan tarian.

Mereka menghentakkan kaki dengan keras dan tepukan tubuh berirama. Banyak yang mengaku kehilangan dengan meninggalnya guru mereka. Tidak sedikit yang menuliskan pelbagai mesej mengharukan.

"Terima kasih untuk kenangan Tamatea. Anda membuatku menikmati kelas. Anda mengajarkan kami dan membuat mereka gembira," tulis salah seorang murid. " Tamatea adalah orang yang ramah dan semua orang suka.". Jom saksikan video berikut ini'




0 Komentar untuk "Ribuan Pelajar Beri Penghormatan untuk Jenazah Gurunya dengan Menari."

 
Copyright © 2014 mudah ingat.com - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info