Ajaib ,Tangan Melekat Dipergelanggan Kaki.(4 Foto)


Sekumpulan doktor mencantumkan tangan kiri seorang lelaki di kaki kanannya selama sebulan sebelum dicantumkan kembali ke tempat asalnya dalam pembedahan yang jarang dilakukan baru-baru ini.

Tangan mangsa yang dikenali sebagai Zhou itu terputus selepas terkena mesin di kilang tempat dia bekerja dan doktor terpaksa mencantumkannya pada kaki lelaki itu bagi memastikan darah terus mengalir serta memberi masa untuk saraf dan tendon yang cede­ra kembali pulih.

Ketua pembedahan mikro di Hospital Xiangya di bandar Changsa di sini, Dr. Tang Juyu berkata, kaedah itu bertujuan menyelamatkan tangan Zhou dan pihaknya pernah mela­kukan pembedahan seperti itu akibat kemalangan serupa pada tahun 2013.

Kumpulan pakar bedah itu tidak dapat mencantum kembali tangan Zhou dengan segera kerana sendi tangan dan lengannya cedera teruk akibat kemalangan tersebut. Mereka memilih untuk membiarkan saraf dan tendon pada tangannya pulih dahulu.

“Dalam suhu normal, jari yang putus perlu disambung aliran darah dalam tempoh 10 jam tetapi masa yang ada lebih pendek jika tangan atau lengan yang putus. Jika tiada aliran darah pada tangan yang putus dalam waktu yang lama sel-selnya akan mati dan tidak dapat diselamatkan lagi,” katanya.

Zhou didapati mampu menggerakkan sedikit jarinya selepas pembedahan itu selesai tetapi dia akan memerlukan bantuan pemulihan jangka panjang untuk mendapat kembali fungsi penuh tangannya. – Agensi





0 Komentar untuk "Ajaib ,Tangan Melekat Dipergelanggan Kaki.(4 Foto)"

 
Copyright © 2014 mudah ingat.com - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info