Mata Wanita Ini Buta Kerana Dijilat Kucing.


 Bagi anda yang gemar bergurau dengan kucing, atau bahkan memelihara seekor kucing dirumah, mulai saat ini nampaknya perlu berhati-hati. Kerana ternyata, haiwan lucu yang comel ini membawa bakteria yang cukup berbahaya.

Seperti dikutip dari Fox news, Seorang wanita berasal dari Ohio, Amerika Syarikat bernama Janese Walters mengalami buta selepas mata kirinya dijilat kucing peliharaannya. Walters pada awal mulanya memeriksakan mata sebelah kirinya kerana ia merasa pandangannya berkurang.

Doktor mengira awalnya Walters sakit mata biasa. Tapi ketika ia menyebutkan bahawa ia memelihara kucing di rumah, doktor terus curiga ia dijangkiti CSD (Cat scratch disease). Doktor mengatakan Infeski CSD ini, boleh memberi kesan pada otak, mata, jantung, atau organ dalam lain.




Walaupun komplikasi serius daripada penyakit ini cukup jarang, tapi tetap saja diperlukan rawatan. Yang perlu diberi perhatian adalah jangkitan yang berlaku pada kanak-kanak berusia kurang dari 5 tahun dan orang dengan sistem imun yang lemah.


"Apa pun yang terpapar mulut kucing, termasuk jika anda punya luka kecil yang dijilat kucing, boleh menyebabkan jangkitan pada manusia," kata doktor Kris Brickman, doktor di Universiti Toledo.


"Biasakan cuci tangan, dan jangan biarkan kucing menjilat luka terbuka di tubuh dan elakkan digigit kucing," tegasnya.

Walters sendiri mengaku tidak mengetahui adanya penyakit ini sebelum akhirnya dia didiagnosis terkena CSD. Dia berharap apa yang dia alami menjadi pelajaran bagi para pemilik kucing lain. "Anda tidak mahu kehilangan penglihatan anda bukan?" katanya.

 
0 Komentar untuk "Mata Wanita Ini Buta Kerana Dijilat Kucing."

 
Copyright © 2014 mudah ingat.com - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info