Di Poland, Seorang Wanita Bershopping di Minimarket Tanpa Pakaian.(VIDEO)



Seorang wanita  di Poland  berbelanja untuk membeli makan tengah hari di sebuah minimarket dalam keadaan berbogel. Seorang saksi, Cezar Zawadzki, 34 tahun, merakam kejadian tidak wajar itu dengan menggunakan telefon bimbitnya. Menurut Zawadzki saat itu dirinya sedang mengisi petrol untuk kereta ketika ia melihat wanita itu berjalan menuju minimarket di Bandar Krakow, seperti yang dilaporkan oleh the Daily Mail. Wanita itu kemudian berhenti di sebuah peti sejuk minuman untuk mengambil sesuatu dari dalamnya.

"Saya masuk ke dalam kedai untuk memberitahu kakitangan mengenai wanita itu tetapi dia malah mengabaikan saya, kemudian saya sedar dia datang untuk membayar  ke juruwang. Jadi saya mendapatkan telefon bimbit saya dan mula merakam, "kata Zawadzki.




Wanita itu kemudian berdiri dengan sabar menunggu di hadapan di juruwang untuk membayar minuman dan roti yang diambil. Kakitangan minimarket melayani wanita itu dengan wajar seolah-olah tidak terjadi apa-apa.

"Setelah wanita itu membayar dia meninggalkan kedai begitu sahaja dan keluar ke jalan seolah-olah itu adalah perkara paling biasa di dunia," kata Zawadzki.

Di beberapa negara, telanjang atau bogel memang menjadi salah satu bentuk protes bagi wanita. Namun, untuk kejadian ini tidak ada keterangan apakah wanita muda itu telanjang sebagai aksi protes.

 
0 Komentar untuk "Di Poland, Seorang Wanita Bershopping di Minimarket Tanpa Pakaian.(VIDEO)"

 
Copyright © 2014 mudah ingat.com - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info