google

Friday, 9 November 2012

Nasi Ayam Sarawak


Nasi Ayam Sarawak

19-08-07_1256
Belajar dari kawan di Mukah..




Bahan-bahan ( 4 org )

  • BAHAN NASI
  • 500 gram beras (basuh dan toskan)
  • 1 inci halia (mayang halus)
  • 2 ulas bawang putih (mayang halus)
  • 2 ulas bawang merah (mayang halus)
  • 2 cawan santan pekat
  • 1/2 cawan stock ayam maggi
  • Garam, gula dan MSG secukup rasa
  • Air rebusan ayam secukupnya utk masak nasi
  • 3 sudu besar marjerin
  • 2 helai daun pandan (simpulkan)
  • BAHAN AYAM
  • 1 ekor ayam (potong 8)
  • 4 ulas bawang merah (kisar)
  • 4 ulas bawang putih (kisar)
  • 1 inci halia (kisar)
  • 2 ketul kiub ayam maggi
  • 2 ulas bawang merah (mayang)
  • 2 ulas bawang putih (mayang)
  • 1 inci halia (mayang)
  • 5 sudu besar sos tiram
  • 5 sudu besar kicap pekat
  • 5 sudu besar sos cili
  • Air, minyak utk menumis, garam, gula dan MSG secukupnya
  • BAHAN ACAR
  • 1 biji timun (buang empulur & potong nipis tanpa membuang kulitnya)
  • 1 batang lobak merah ( potong lidi)
  • 2 ulas bawang merah (mayang)
  • 2 ulas bawang putih (mayang)
  • 1/2 inci halia (mayang)
  • 1/2 cawan gula
  • 1/4 cawan cuka
  • Garam secukup rasa
  • BAHAN SOS
  • 1 cawan sos cili
  • 2 ulas bawang putih (cincang)
  • 1/2 inci halia (mayang halus)
  • 1/2 cawan air
  • Gula secukup rasa
  • BAHAN KICAP
  • 1/2 cawan kicap manis
  • 1/2 cawan kicap masin
  • 1/2 cawan air
  • 5 biji cili padi (belah 2)

Cara-cara

  1. NASI
  2. Panaskan marjerin.Tumiskan halia, bawang putih dan bawang merah hingga naik bau.Masukkan beras.Gorengkan seketika.Masukkan pula stock ayam maggi, garam, gula dan MSG.Kacau sebati.Padamkan api.Pindahkan bahan-bahan ini ke dalam periuk nasi.Masukkan santan dan air rebusan ayam serta daun pandan.Masak nasi seperti biasa.
  3. AYAM
  4. Panaskan minyak dalam periuk.Tumis bahan yang dimayang hingga wangi.Masukkan air, kiub ayam dan ayam.Masak hingga ayam masak dan air tinggal 1/2 dari asal.Angkat ayam dan toskan airnya.Biarkan sejuk sebentar ayam tadi. NOTE : air rebusan ayam ini boleh di buat sup dan memasak nasi.Utk sup cuma perlu tambahkan garam.
  5. Gaulkan ayam, yang telah sejuk dengan bahan selebihnya utk ayam.Perapkan selama 30 minit.Kemudian anda boleh pilih sama ada mahu goreng atau kukus ayam tadi.
  6. ACAR
  7. Rendam timun, lobak merah, halia, bawang merah dan bawang putih di dalam air cuka selama 1 jam.Kemudian masukkan gula.Rendam kira-kira 2 jam lagi.(seeloknya buat acar ini dahulu).Kemudian toskan airnya hingga tersejat. NOTE : Acar ini boleh disimpan selama sebulan di dalam peti sejuk.
  8. SOS
  9. Masak kesemua bahan sos hingga sedikit pekat.
  10. KICAP
  11. Masak bahan kicap hingga sedikit pekat.
  12. Hidangkan nasi bersama ayam, acar, sos dan kicap dan sup.

No comments:

Post a Comment

Followers